Malam Ini

Tersandar di sudut tepi katil, meriba laptop. Wah bagai boss besar yang sedang fikir tentang project-project besar. Ini belum dapat secawan air panas. Umph! pasti melegakan. Cerita tok kadok , pak pandir semua dah lapuk ditinggal zaman. Sekarang biar cucu-cucu mereka pula bercerita. Al-kisah....

Bukan apa.
Cerita kurang menarik. Tak mempersona. Orang baca takkan tergoda.
Tulisannya hampir serupa cuma isi dalamnya berbeza.
Menarik? Tipulah. Ish.

Kisah bermula dengan insan yang dusta.
Dirinya hina. Sangat hina.
Dia mempunyai harapan dan semangat yang sangat tinggi.
Cita-citanya saja dah melebihi mount everest.
Dia merangkak pada mulanya.
Kini dia mampu berlari.
Dan yang terkini kelajuannya seperti cahaya.
Ya, dia berjaya.
Kerana usahanya.
Dia tidak bongkak, dia tidak kedekut ilmu.
Bahagianya.

Alangkah indahnya kalau dapat jadi macam tu.
Walau berkali-kali kita gagal, tak semestinya kita bodoh.
Walau kita disanjung tinggi, tak semestinya kita pandai.
Orang yang gagal boleh berjaya, orang yang berjaya itu pernah gagal.

Aku yang mana? Emmm...confused.