Reputasiku kian merudum

Dimana seorang pelukis jalanan di herdik.
Hatinya penuh warna akan kehidupan.
Kini warna kian menjadi kelabu.
semakin gelap, semakin parah.

Sakitnya di dalam tiada insan yang dapat melihat.
Kasihan dia.
Sudah jatuh ditimpa tangga.

Merana.
Hati dia merana. Luka, duka dan cuka.
Dengan pelbagai dugaan harus ditempuhinya.
Mengapa dia?

Menangis diri keseorangan.
Ditemani ribut, dibasahi hujan.

Segala perit dan kesakitan,
Ibarat luka yang tiada rawatan.

Pada mulanya berdiri teguh.
Salah silap mula ditegur.
Reputasi kini mundur.

Dirampas pula oleh anak raja.
Hamba tetap menjadi hamba.
Berdiam diri mengikut kata.

Cakap panjang tiada guna,
Kerana dia tetap berkuasa.

Dalam cerita dialah watak utama
Aku sekadar tukang cuci
Dia dilambung kerana kuasanya.
Aku hanya berdiam diri, hinanya aku ini.

Hari demi hari.
Hari menjadi gelap.
Ini masanya untuk ku ubah segala.
Akanku bukti pada semua.
Yang aku BUKAN ORANG BIASA.
Aku adalah aku!