CELARU.

Tak. Aku tak desperate. Once kau cakap taknak. Aku tak paksa.
Aku pun ada aib dan air muka. Heh.

Hidup tak semestinya sentiasa bahagia. Tapi cukup bahagia bila bersama keluarga dan kawan-kawan. Tetapi jadi terlalu baik ni bahaya juga, pastinya ada yang menikam belakang.

Aku tak pernah minta hidup ni dicari ganti. Aku perempuan. Agak kasar perangaiku. Aku tidak lembut pada mata kasar orang. Pada zahirnya begitu. Tapi dalamnya, aku dan Maha Esa je yang tahu. Manusia bantai aku tanpa belas kasihan. Aku masih boleh senyum. Ketawa.

Orang kenal aku selalu mengatakan bahawa aku ni "badut". Ya badut yang pipinya merah. Bibirnya sentiasa tersenyum . Seringkali bikin manusia ketawa. Siapa tahu dalamnya duka,bukan? Mungkin diri aku tak layak untuk terima kebaikan. Apapun aku masih bersyukur pada Ilahi. Aku berharap sangat dapat jaga mak ayah ku suatu hari nanti. InsyaAllah kalau umurku panjang.