Berdoa.

Apa yang kau lihat dalam mata aku? Kebahagiaan? Derita? Cinta? Benci?
Tengok dalam-dalam.
Aku cuma mahukan kau penuhkan hidup aku dengan senyuman kau. Jangan sesekali berhenti membahagiakan aku. Bukan kerana aku terdesak, tetapi kau sudahpun merampas hati aku.
Tolong.
Simpan baik-baik.
Sudah banyak kali hatiku di robek pecah. Sudah banyak kali ia jatuh berderai. Sudah banyak kali ia gelap.
Kini ia kian pulih, aku inginkannya putih suci.
Jika ada dugaan yang mendatang, aku terima. Asalkan kau jangan jadi seperti buaya.
Aku terima kau seadanya.
Aku tulis untuk kau wahai bakal imamku. Walau aku tidak tahu siapa dikau, aku percaya yang kau akan datang dalam lena mimpiku.

Yang benar, bakal makmum mu.