Mind set dah tak betul? Yes. Itulah dia. Disebabkan mulut badan binasa. Joyah berkata-kata hingga terlupa ketinggian langit dan bumi. Lupa segala kebesaran Maha Esa. Lupa akan segalanya. Joyah kuat berbicara, kata-katanya juga pedas belaka, Ilmu dan akhlak tidak terjaga, dia lebih pentingkan kecantikan dunia. Joyah oh Joyah, kerana mulut badan binasa, kerana kata-kata pengumpul dosa. Segala perbuatan belum sempurna, cukupkah engkau dengan lima waktu-Nya?
Joyah yang selalu tidak pernah menerima pendapat orang lain, tidak suka meminta maaf. Apakah itu sikap manusia yang riak? Nauzubillah. Dikaitkan pula dengan ilmu? Bukankah Allah menyuruh manusia menimba ilmu? Ya, kami yang mempunyai sijil Diploma, Degree, Master mahupun phD, tidak pernah mempersendakan orang berada di bawah kami. Malah kami membantu mereka dengan ilmu yang diberi. Jangan menghina kami yang berhabis beratus ribu wang ringgit untuk menimba ilmu. Maka tidak hairanlah pemikiran kamu begitu cetek wahai joyah. Angkuhnya kamu. Sedarkah siapa sebelum ini banyak membantu kamu serta keluarga kamu?
Joyah, kenapa kamu begitu teruk sekali dalam mengeluarkan kata-kata. Seolah-olah kamu tidak profesional dalam berkomunikasi dengan manusia. Lihatlah sekarang, kamu sudah punya segala yang kamu impikan. Seperti kerjaya, harta dan hampir berumah tangga. Pernah tak kamu terfikir kata kata kamu membuat hati orang tersinggung? Mengapa kamu perlu judge mereka? Mengapa kamu persedekan dimana mereka tinggal? Sesungguhnya kamu harus cermin diri kamu dahulu wahai joyah.
Joyah, kembali lah kamu ke pangkal jalan. Buanglah sifat hidung tinggi kamu. Muka sahaja cantik,tetapi dalamnya seperti bangkai. Ingatlah kamu dimana asal-usul mu. Dimana letaknya hormat kamu kepada orang yang lebih tua? Dimana letaknya sifat santun mu itu? Jadilah wanita solehah. Ya, mungkin saya tidak layak mengeluarkan kata-kata sedemikian. Sama-samalah kita berubah ke jalan yang benar. Kawal lah kemarahan kamu. Berubahlah Joyah. Berubah.