Lagi cetusan hati .

Pabilaku renung gambarmu , hatiku berdegup kencang ibarat kau berada di sebelahku . Aku masih menunggu kedatanganmu, kemunculanmu akan tetapi....... Sepi yang datang menjengukku . Aku tidak sanggup menyeksa diri ini . Malah aku mampu berdiri, berlari mengejar bayangmu . Bayang-2, bukan sekadar bayang-2 hitam , bukan sekadar dapat mengelirukan manusia . Tetapi bayang-2 yang membawa daku ke duniamu..........

Ah sudahlah . Tak guna kalau bersastera tapi dia tak muncul-muncul juga . Rasa macam orang takda akal je .  Ah pergi ! pergi ! Pergi makan maggi! Aku tidak mahu lihat muka mu lagi!

-_____-
Kita berpantunlah, kot kot . Dia sudi datang ke );

Terbang burung terbang tinggi,
Terbang nuri dan juga merpati,
Rindu ini tidak terpadam lagi,
Hanya kanda seorang dapat mengubati .



Pagi subuh membuka jendela,
Duduk termenung menunggu kanda,
Janganlah kanda kelirukan hati adinda,
Jika cinta beritahulah segera .


Ikan siakap dibawa ke istana,

Untuk santapan buat diraja,
Kalau benar kanda suka akan adinda,
Kenapa tidak terus menghantar tanda.

Daun Sireh jatuh ke tanah,
Ditiup oleh angin yang kencang,
Jika hati ini sudah bernanah,
Memang nak kena sepak terajang.
Rangkap ke -4 tidak sesuai bagi anak - anak bawah 15 tahun .
Rangkap tersebut sangat agresif .
Terima kasih .