Hello blog . Mulai saat ini awak menjadi teman rapat saya . Walaupun awak hanya blog usang yang dipenuhi sangkar burung diliputi sawang , awak tetap bermakna . Saya malas nak berharap bulan tu jatuh . Dulu hampir jatuh , sekarang dia naik balik . Entah kenapa . Mungkin sebab bulan tersebut dipagari bintang-2 berkilauan . Saya cuma bumi yang malang . Dipenuhi dengan pelbagai cabaran hidup . Awak bulan . Satu-satunya bulan yang mengelilingi bumi . Awak hanya muncul di bumi pada saat dan waktu tertentu . Itu pun jauh berjuta kilometer . Apabila awak mengambang, awak menambat hati bintang-2 berkelipan yang berhampiran dengan awak . Awak juga menerangi hati bumi dengan cahaya keindahan malam . Itu cuma dulu . Sekarang , bulan cuba menyembunyikan diri daripada bumi . Bumi menunggu bulan setiap malam . Bulan tak muncul-2 . Yang muncul hanya angin dan hujan . Bulan tak suka bumi ganggu bulan ya? Oh lupa . Bulan pernah beritahu bumi yang bulan tak nak...... Ya bumi memahaminya . Tapi bumi tetap menunggu kehadiran bulan . Semoga bulan tak menghampakan bumi . Bumi melihat ke angkasa, yang tinggal hanya bintang-2 . Bumi mencari bulan . Bumi akan terus mencari dan mendekati bulan . Bumi bertuah sebab dikurniakan bulan . Bumi banyak berubah disebabkan bulan . Bulan berjaya mengajar bumi , mendidik bumi . Bumi dapat bezakan antara madu dan bisa . Bulan dan bumi pernah mengalami kekecewaan . Dari kekecewaan itulah bulan dan bumi menjadi lebih matang untuk meneruskan kehidupan . Bumi bersyukur sebab Tuhan temukan bumi dengan bulan walaupun hanya sekadar teman . Bumi berharap bulan tak pernah lupa akan bumi . Bumi teringat, bumi pernah bagi kata-2 semangat semasa bulan kebimbangan . Bulan pun pernah bari kata-2 semangat semasa bumi sedang dibanjiri kesedihan . Bumi tahu, bulan tak mahu pisang berbuah dua kali . Percayalah , kalau bulan bersama bumi..bumi takkan mengkhianati bulan . Kerana bulan menerangi hati bumi pada setiap malam . Bumi sentiasa menunggu bulan . Bumi akan terus menunggu sehingga akhir hayat bumi..............
BLACK .
BLACK .