Cerita yang tak berapa menarik .

Saya seekor kucing kelaparan .
Bila nampak makanan, saya pergi lari kat makanan tu .
Saya bersyukur, sebab ada Nasi Ayam yang masih segar dan panas.
Baru nak lompat panjat kerusi.
Ada seorang lelaki menghalau saya .
Dia kata " kucing jalanan tak sedar diri"
Saya pun mengundurkan diri .
Saya nampak satu benda besar kaler hijau, ia seperti kotak hadiah yang berbau .
Saya pun melompat masuk kedalamnya .
Saya berkata" Wahh indahnya, pelbagai jenis makanan ada, ishh tengok! PIZZA pun ada"
Tanpa saya sedar, "kotak hadiah" tu tiba tiba terangkat .
Saya berkata" Wahh! macam naik roller coaster pulak "
Tiba tiba, saya terjatuh dengan plastik plastik hitam. 
Saya di masukkan ke lori yang penuh dengan sampah .
Saya pun cepat cepat turun dari lori tu .

Lepastu, saya bersiar siar di kawasan perumahan.
Saya mengiau banyak kali untuk mencari ibu .
Ibu pernah berkata " Kalau jumpa bapak, kamu lari . Bapak kamu tak guna "
Saya fikir banyak kali .
Di kawasan belakang rumah, saya ternampak bapak saya dengan bakal " mak tiri "
sedang mengembangkan lagi generasi . Faham faham lahh .
Saya pun larikan diri . Fuhhh! Nasib dia tak nampak .

Saya jalan jalan . Ronda ronda macam guard .
Tiba tiba saya nampak seekor kucing jantan . 
Hensem kott! *bagi dunia kucing
Mata dia ibarat biji buah delima. Senyuman nya bak kerang busuk dalam peti sejuk .
Saya mula menjadi rapat dengan kucing jantan tu .
Tak lama kemudia kami kawin.
Dapatlah 2 ekor kucing betina seekor kucing jantan. Seekor lagi roh tak sempat masuk* mati .
Kami bina 1 keluarga bahagia .

Seminggu selepas itu,
Kami berlima berjalan jalan .
Si bapa cuba mengajar anak melintas jalan.
Anak anak pun melintas dengan selamat . Tiba tiba, sebuah kenderaan melanggar si bapa .
" EEEOOOWWW!"
Si bapa kesakitan, dan mati .
Anak anak dan saya menangis, dan mengangkat jasad si bapa tadi dan di timbun ke dalam pasir .
Saya sebagai ibu takkan lepaskan manusia yang melanggar suami saya .

Hampir setiap pagi saya tunggu di pasar .
Ohh rupa rupanya.
Lelaki " Nasi Ayam" tu yang melanggar laki saya .
Tak guna!

Aku cuba untuk membalas dendam, tapi apakan daya ...
Saya tak mampu .
Tiba tiba, si lelaki " Nasi Ayam" tu mengambil, dan bawa anak anak saya pergi .

Sedih bila mendengar anak anak . Menangis dan meraung .
Saya sebagai ibu, saya kejar kenderaan tersebut .
Tanpa disedari, sebuah motosikal yang tiada brek, melanggar perut saya .
Kehidupan saya tamat disitu sahaja .
Tangisan anak anak, masih saya dengari . 
Saya dapat melihat anak anak saya pergi meninggalkan saya .
Mereka menangis teresak esak.
Saya sebagai ibu kucing, saya menitiskan air mata yang terakhir .


"Ibu berharap, agar kamu semua sihat sejahtera . Ibu sayang kamu . Eeeeoww! Meooww!"
Itulah kata kata seekor kucing kepada anak anaknya* walaupun anaknya tak dengar .

Cerita tak berapa menarik daripada,
SyahirahAmirah.