Perangai.

Selindung sehingga terlindung,
Satu bocor terbuka semua,
Lindung-tetap lindung,
Satu hari terbongkar segala.

Layan pipit dilayan,
Dilayan aneh dan janggal,
Isteri ditinggal meroyan,
Sudahnya selamat tinggal.

"Hentilah mengeluarkan kata-kata yang manis, buaya tetap buaya. Tidakkah kamu perasan bahawa aku sedang menguji kamu, aku bermain dengan minda kamu? Kamu tidak sedar, kerna semuanya palsu dari kamu. Busuknya perangai kamu. Apa lagi yang kamu mahu? Kepuasan dunia? Maka terbakar rentunglah kamu di sana. Melihat kecantikan dunia, yang semuanya palsu belaka termasuklah dengan kata-kata manis mu itu. Nyah kamu dari hidupku, karena kamu bermain dengan kata-kata kamu yang tidak boleh lagi dijadikan pedoman. Pergi! Pergi! Kamu sering berkata buruk tentang diri kamu untuk menagih simpati, sering membuat publisiti, kamu inginkan kepuasan,dan menjadi mata kepada semua. Malangnya, kamu tertimbus dan termakan diri kamu sendiri"

Renungkanlah.